Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 18, 2018

BELANJA RM30 JUTA TAPI TAK ADA 'LIVE' PUN?



SELURUH dunia terkejut apabila juara bertahan, Jerman memulakan kempen Piala Dunia 2018 mereka dengan langkah kiri apabila tewas kepada Mexico, malam tadi.

Kekalahan itu jelas mengecewakan orang ramai tentunya rakyat negara tersebut yang menjangkakan mereka tidak akan berdepan masalah menentang pasukan dari benua Amerika Utara itu.
Bagaimanapun, bukan rakyat Jerman sahaja yang kecewa, jutaan rakyat Malaysia juga kecewa apabila tidak dapat menyaksikan secara langsung perlawanan epik melibatkan gergasi Eropah itu di televisyen, semalam.
Ini kerana, saluran RTM yang telah berjanji kepada rakyat negara ini untuk menayangkan perlawanan Piala Dunia secara langsung, gagal menyiarkan perlawanan membabitkan juara dunia empat kali itu.
Ini sekali gus membangkitkan semula persoalan tentang wang yang dibelanjakan sebanyak RM30 juta untuk mendapatkan hak penyiaran siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 kepada peminat tempatan.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan bahawa RM30 juta dibayar bagi hak penyiaran 41 perlawanan Piala Dunia 2018 di Rusia menerusi tajaan daripada Maxis dan Air Asia.
Namun yang peliknya di sini ialah perlawanan besar yang melibatkan pasukan Jerman menentang Mexico tidak ditayangkan langsung sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai.
Rata-rata di antara mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan Pakatan Harapan serta RTM kerana gagal memilih perlawanan yang ingin disaksikan penonton.

Game apa je korang amik doh? Germany tak amik live. Ni Brazil pun tak amik!

Negara2 ni lah orang nak sgt tgok live. Ni letak Serbia. Jadah apa!!

Bodoh punya rtm sembang nak host live kesemua live world cup, mana match germany vs mexico syall???!!! undi balik bn ah mcm ni zzzz
Jerman lawan Mexico 11 malam ini. Mampukah juara bertahan menyerlah malam ini ataupun Mexico akan lakar kejutan? Jangan la seri 😁 Pastikan anda tonton menerusi saluran FIFA World Cup dalam HD di saluran 823 Astro ⁠ ⁠
tu lah,aritu kata 64 plawanan,byk pminat bola tak puas hati,dh lh argentina takde live smlm..mlm ni germany pun takde live,pagi nnti brazil pn takde live kt rtm...yg ade live match yg tak brapa power,aduhhh.tlg kaji blik mslh ni.@drwanazizah @chedetofficial @n_izzah @guanenglim
Ada juga mereka yang menganggap perkara ini sebagai salah satu janji manis dari pihak kerajaan yang gagal ditunaikan seperti banyak lagi janji lain yang dibuat sebelum menakluki Putrajaya.
Kerajaan PH sepatutnya lebih peka dengan perkara ini memandangkan Jerman merupakan pasukan pilihan ramai penyokong bola sepak di negara ini di samping pasukan Brazil, Perancis, Sepanyol serta Portugal.
Justeru adalah penting untuk mereka mengkaji terlebih dahulu mengenai perlawanan yang ingin disaksikan oleh rakyat Malaysia sebelum tergopoh-gapah mengumumkan untuk menayangkan Piala Dunia secara langsung.
Ia tidak lain tidak bukan sebagai satu strategi untuk memenangi hati rakyat selepas ramai mula ragu-ragu dengan kebolehan mereka mentadbir kerajaan.
Sudah pastilah orang ramai mahu menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan hebat dan bukannya perlawanan yang menampilkan pasukan bukan pilihan seperti Costa Rica menentang Serbia, yang ditayangkan di RTM malam tadi.
Bukan itu sahaja, perlawanan melibatkan Argentina yang diketuai Lionel Messi menentang Iceland pada hari raya kedua tempoh hari juga tidak ditayangkan secara langsung di RTM.
Lebih-lebih lagi, Piala Dunia tahun ini yang bertembung dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan orang ramai terpaksa bergantung harap kepada RTM untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia di kampung halaman.
Ini menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang pulang beraya di kampung tidak dapat menyaksikan saat-saat ikonik seperti gol pertama Iceland di Piala Dunia dan juga Messi yang gagal menyempurnakan sepakan penalti.
Kerajaan serta RTM juga perlu ingat bahawa tidak semua orang memiliki siaran Astro di rumah dan ramai di antara mereka bergantung kepada RTM untuk menyaksikan karnival bola sepak yang diadakan empat tahun sekali ini.

Jika perkara seperti ini juga tidak boleh diselesaikan dengan baik, apa guna belanja sampai RM30 juta untuk menyiarkan Piala Dunia kepada penyokong bola sepak tempatan? 

0 comments:

share2