Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 5, 2018

PENUNGGANG MOTOSIKAL DI PULAU TIOMAN DAPAT PETROL PERCUMA


Penunggang motosikal di Pulau Tioman dapat petrol percuma



Usaha Pemuda Umno Rompin bagi membantu penduduk Pulau Tioman yang terbeban dengan harga minyak petrol mendapat sambutan luar biasa.

Bantuan minyak itu dihadkan kepada pengguna motosikal sahaja yang menjadi pengangkutan darat utama di pulau peranginan.

Adun Tioman, Dato' Sri Mohd Johari Hussain, berkata, jika penduduk di daratan berasa terbeban, penduduk di pulau lebih lagi bebannya.

Beliau difahamkan harga minyak petrol di sana sekitar RM2.30 hingga RM4.00 seliter iaitu lebih tinggi berbanding harga biasa kerana disebabkan pelbagai faktor seperti pengangkutan dan sebagainya.

“Ini kali pertama kita buat program sebegini di pulau ini, dengan purata sekitar 2 liter bagi setiap motosikal, sambutan yang diberikan penduduk setempat sangat menggalakkan.

“Hasil reaksi positif yang kita terima, insya-ALLAH tahun depan kita akan anjurkan lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Program yang diadakan di Kedai Peladang di Kampung Tekek itu telah diserbu sejumlah pengguna motosikal yang mahu mendapatkan minyak petrol percuma.

Dalam pada itu, Mohd Johari berkata, pihaknya akan meneruskan program sama di kawasan darat daerah Rompin.

“Selepas ini kita akan teruskan di kawasan darat Rompin bermula dari mukim Endau dan insya-ALLAH hingga ke Muadzam Shah,” katanya.


0 comments:

share2