Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 5, 2018

PAHANG TEWASKAN ATM 2-1



Tewaskan ATM 2-1 di Stadium Darul Makmur



Pasukan Pahang memastikan slot pusingan ketiga Piala FA 2018 menjadi milik mereka selepas menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 dalam pusingan kedua di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Namun Pahang terpaksa menunggu hingga minit ke-34 untuk membolosi gawang lawan.

Penyerang kelahiran Kelantan Norshahrul Idlan Talaha memastikan gol sulung perlawanan milik tuan rumah hasil sepakannya dari dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan, Sabri Hafizzie Safari.

Jaringan itu menjadi titik penguasaan penuh tuan rumah dengan beberapa cubaan merbahaya di depan gawang ATM namun gagal merubah keadaan hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, tuan rumah giat mengatur serangan namun ATM memanfaatkan peluang terhidang selepas penyerangnya Mohd Zaironi Yusof menyamakan kedudukan pada m-65.

Namun skuad kendalian Dollah Salleh itu mengambil masa sembilan minit untuk kembali mendahului lawan selepas tandukan pemain pertahanan Safuwan Baharudin menerjah ke dalam gawang lawan hasil sepakan percuma yang diambil pemain tengah Nor Azam Azih.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Abd Rahman Wahab.


0 comments:

share2