Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 7, 2018

[KUANTAN] PINDAH KE KUATERS PAIP BUAT SEMENTARA



Pindah ke kuaters Paip buat sementara



Empat beranak yang tinggal di bangsal di ladang sawit Felda Bukit Sagu akan berpindah ke Kuaters Pengurusan Paip Pahang Berhad (Paip) di Felda berkenaan sehingga mendapat tempat tinggal yang sesuai.

Keputusan itu dibuat selepas Adun Sungai Lembing, Dato' Md Sohaimi Mohamed Shah berbincang dengan pegawai Paip daerah, petang semalam.

Md Sohaimi berkata , beliau meninjau keadaan keluarga tersebut yang tinggal di bangsal itu sejak dua bulan lalu."Kita sudah minta mereka berpindah secepat mungkin (semalam).

"Soal rumah , kita akan melihat bantuan sewajarnya selepas ini," katanya ketika melawat keluarga itu ,semalam.

Isnin lalu, Sinar Harian menyiarkan kedaifan pasangan suami isteri, Zahar Che Hassan, 24, dan Nor Ain Fazila Ramli, 24, yang tinggal sebuah bangsal di kawasan ladang kelapa sawit di Felda Bukit Sagu.

Susulan situasi itu, Jabatan Kebajikan Daerah menjalankan siasatan sebelum memutuskan memberi bantuan bulanan kepada dua anak mereka berjumlah RM200 sehingga bapa mereka mendapat pendapatan yang cukup.

Hasil soal siasat JKM juga mendapati pasangan itu mengalami konflik keluarga.


0 comments:

share2