Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 5, 2018

[KUANTAN] CULIK DATUK, DUA LELAKI DIPENJARA



Culik Datuk, dua lelaki dipenjara



Dua lelaki dikenakan hukuman penjara lima tahun di Mahkamah Tinggi Kuantan, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah bersama-sama menculik seorang pengarah urusan sebuah syarikat berpangkat Datuk bagi mendapat wang tebusan berjumlah RM19 juta, dalam kejadian tiga tahun lalu.

Tertuduh, Ang Boon Leong, 41, dan Lim Sin Chye, 46, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat sama telah melakukan penculikan ke atas lelaki bernama Datuk Chin Yoke Chuan dengan niat menyebabkannya dikurung dengan salah dan secara rahsia.

Boon Leong bekerja dalam industri perlombongan, manakala Sin Chye merupakan seorang jurutera didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat letak kenderaan Hotel Seri Manja Boutique, Indera Mahkota, di sini, kira-kira jam 5.55 petang pada 26 Disember 2015.

Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan pendakwa raya, Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Muhamad Asyraf Md. Kamal. Manakala tertuduh diwakili peguam, S.Parameswaran.


0 comments:

share2