Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 6, 2018

GUAN ENG MULA BUAT 'TAICHI'






Kuala Lumpur - Permohonan maaf syarikat pemaju terowong dasar laut, Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith) terhadap Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim merupakan bukti pengurusan kerajaan negeri DAP kelam-kabut.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, keadaan itu membuktikan kerajaan negeri yang dipimpin Lim Guan Eng itu tidak pernah telus dalam membangunkan pulau mutiara itu.

“Zenith merupakan syarikat yang dilantik oleh kerajaan negeri DAP, mustahil mereka tidak mengetahui mengenai bayaran RM22 juta kepada pihak lain.

“Guan Eng tidak perlu menafikan dan cuba mewujudkan persepsi menyalahkan pihak lain, sebaliknya beliau perlu bertanggungjawab dan telus,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Semalam, Zenith menerusi peguam mereka menarik balik notis tuntutan yang dihantar kepada Abdul Azeez berhubung dakwaan menerima RM3 juta berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sementara itu, sebuah portal yang dikenali sebagai cmlimguaneng.com turut mendedahkan mengenai skandal terowong dasar laut tersebut dengan menyifatkan ia sebagai komplot rasuah dan salah guna kuasa.

Dalam sebuah video berdurasi 3 minit 45 saat itu, portal tersebut mendakwa projek terowong dasar laut melibatkan kos RM11.2 bilion aset dan tanah di Pulau Pinang oleh pemimpin DAP.

Dakwa portal itu, pemimpin-pemimpin DAP merancang projek mega yang akan menghubungkan Persiaran Gurney, di Pulau Pinang ke Bagan Ajam di Seberang Perai Utara kerana menyedari mereka tidak akan bertahan lama memerintah di Pulau Pinang.

“Persoalannya selepas lima tahun dan RM11.2 bilion wang rakyat membiayai projek ini, tiada sebarang faedah atau manfaat diterima oleh masyarakat. Malah, tiada terowong dan jalan seperti yang dijanjikan kerajaan negeri DAP,” katanya.


0 comments:

share2