Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 8, 2018

BN PAHANG MAHU KEKALKAN KEMENANGAN



BN mahu kekalkan kemenangan



BN optimis untuk terus mengekalkan kemenangan pada PRU14 berdasarkan kepada usaha yang dilakukan atas prinsip kerjasama.

Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob berkata, pendekatan secara bersama yang dilakukan BN termasuk pelaksanaan program Get Out The Voters juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, Ahmad Zahid menyifatkan BN Pahang sebagai negeri terbaik dalam pelaksanaan program itu, daripada 10 negeri yang pernah dilawatinya.

"Apa yang berlaku di negeri ialah kita bukan bekerja sebagai satu pasukan, tapi sebagai satu keluarga. Tidak ada masalah antara pengerusi perhubungan dengan yang lain-lain.

"Tidak ada siapa hendak tunjuk kuasa dan sebagainya. Semua bekerja macam adik-beradik dan itu kekuatan kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Lawatan Rasmi di Pangkalan Udara Kuantan di sini, semalam.

Turut hadir, Komander Pangkalan Koloner Wan Amin Wan Mahmud; Setiausaha kerajaan negeri Dato' Sri Muhammad Safian Ismail dan anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.


0 comments:

share2