Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 9, 2017

[TEMERLOH] BAPA EXCO NEGERI PAHANG MENINGGAL DUNIA

(Al-Fatihah)


YB Dato' Shahaniza Shamsuddin, Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato' Hj Wan Salman Wan Ismail Adun Kawasan Jengka serta seluruh warga PahangKu Media merakamkan ucapan takziah kepada YB Dato' Sri Hj Mohd Sharkar Shamsuddin dan seluruh kaluarga diatas pemergian ayahandanya ke rahmatullah petang semalam.

Bapa kepada Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datu' Sri Mohd Sharkar Shamsudin, Shamsudin Sulaiman menghembuskan nafas terakhir jam 3.46 petang ini (semalam) di Hospital Kuala Lumpur.

Allahyarham Shamsudin 82, akan dikebumikan di Kampung halamannya di Kampung Bintang selepas solat jenazah di Masjid kampung itu malam ini

Menurut Mohd Hafizal Mahmud, pegawai khas Mohd Sharkar, sebelum itu bapa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang itu dimasukkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, pada pukul 10 malam Isnin lepas sebelum dikejarkan ke HKL untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Mohd Sharkar yang mewakili Pahang dalam delegasi Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ke World Travel Mart di Excel London, bergegas balik sejurus selepas dimaklumkan hal itu.

"Beliau tiba di tanah air pukul 7 pagi tadi dan berada bersama anggota keluarga yang lain ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.




0 comments:

share2