Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 1, 2017

'PAU2017 MEDAN PERSIAPAN PRU-14'




Kuala Lumpur: Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) Disember ini, adalah saluran terbaik bagi meniup semangat kemenangan dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata perwakilan dan pemerhati wajar hadir dengan semangat jitu demi meneruskan kelangsungan parti sebagai bukti hubungan serta semangat tinggi dalam menyokong perjuangan UMNO.

"Selain mendengar amanat pemimpin, katanya, peluang menghadiri PAU2017 harus dimanfaatkan untuk menanam iltizam berjuang bersama parti dalam menjamin kemenangan parti pada PRU-14," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Balai Berita di sini, semalam.

Rombongan Jawatankuasa Gerak Kerja PAU 2017 itu disambut Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid.

Turut hadir, Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Ab Rauf berkata, pelbagai langkah dan pendekatan diperincikan bagi PAU2017, termasuk penyediaan kelengkapan dan kemudahan laman media yang disatukan berbanding sebelum ini.

"Suasana kafeteria turut diubah supaya lebih menarik dan memudahkan atur cara sepanjang PAU 2017 berlangsung.

"Permintaan untuk gerai turut meningkat, maka kita memberi peluang kepada peniaga tulen kali ini," katanya.

Ab Rauf berkata, orang ramai digalak menggunakan pengangkutan awam untuk ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berikutan tempat letak kenderaan di Hentian Putra sudah dirobohkan.


0 comments:

share2