Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 1, 2017

[BENTONG] REMAJA TERJATUH DARI TINGKAT ENAM


Remaja terjatuh dari tingkat enam


Seorang remaja perempuan yang berusia 23 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat enam Genting Preium Outlet (GPO) di sini.

Dalam kejadian 2.21 petang itu, remaja tersebut dikatakan berdiri di kawasan parkir pusat beli-belah sebelum terjatuh dan mangsa ditemukan oleh orang awam dalam keadaan meniarap serta berdarah di tingkat bawah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superitendan Zainudin Abdul Hamid berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ketika kejadian mangsa dipercayai berseorangan sebelum terjatuh dari ketinggian hampir 25 meter.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian, kita tidak menemukan sebarang unsur jenayah atau ceroboh.

“Polis masih menyiasat motif wanita itu. Keterangan keluarga dan rakannya diambil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam

Zainudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.

Menurutnya, mayat diserahkan kepada keluarga sebaik proses bedah siasat selesai dilakukan di Hospital Bentong dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


0 comments:

share2