Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 8, 2017

[KUANTAN] BOMBA PAHANG BUAT LATIHAN MENYELAMAT


Bomba Pahang buat latihan menyelamat


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menjalankan latihan menyelamat mangsa banjir sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, latihan itu membabitkan 71 anggota selama lima hari bermula kelmarin.

Menurutnya, latihan yang dikendalikan 10 jurulatih itu dari Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai.

"Latihan menyelamat mangsa banjir adalah berbeza dengan operasi menyelamat yang biasa dilakukan.

"Ini kerana, anggota mungkin berdepan dengan situasi di laluan sempit selain arus deras," katanya kepada Sinar Harian.

Anuar berkata, anggota perlu mahir dalam kemahiran mengendalikan bot apabila terlibat dengan operasi sedemikian.

Katanya, JBPM Pahang sentiasa memastikan setiap anggota mendapat kemahiran yang sempurna untuk operasi menyelamat.

"Kita perlu mengemas kini kemahiran yang ada supaya anggota terus mahir dengan tugas mereka selain bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.


0 comments:

share2