Kuantan, 7.11.2017 - Masalah perumahan generasi ke dua Felda yang sering di perkatakan akhir akhir ini akan diatasi secara berperingkat peringkat. Melalui Bajet 2018 yang di bentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak baru baru ini. Melalui Bajet 2018 sebanyak 5,000 buah rumah akan dibina untuk mengatasi masalah perumahan generasi kedua FELDA.
" Menyedari Pahang merupakan negeri yang mempunyai bilangan peneoka dan kawasan tanah rancangan FELDA yang luas, FELDA telah mensasarkan sebanyak 3,000 buah rumah akan di bina di negeri Pahang", tegas YB Tan Sri Shahril Samad Pengerusi FELDA ketika menyampaikan ucapan di hadapan 2,000 peserta Seminar Muafakat FELDA Wilayah Jengka di Gambang Resort Kuantan Pahang.
"FELDA akan kembali kepada matlamat asal dengan menumpukan kepada pengkhususan kepakaran FELDA selama ini. Soal pembinaan perumahan akan diserahkan kepada mereka yang lebih arif. Berhubungkait dengan itu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dipilih sebagai pihak yang bertanggungjawab membina perumahan generasi kedua itu nanti".
" SPNB akan membina rumah dengan kos RM 55,000 se unit dan untuk tujuan itu kerja mengukur tapak yang sesuai di setiap tanah rancangan telah diarahkan dilakukan oleh pentadbiran setiap wilayah FELDA dan bukan lagi ibupejabat FELDA. Masalah salinan slip gaji dikalangan anak peneroka FELDA juga dijangka selesai memandangkan SPNB memberikan kelonggaran kepada mereka berbanding bank komersial".
"Pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Sg Felda Sg Sayong Johor merupakan projek perintis dikawasan FELDA yang telah berjaya membuahkan hasil dan akan di perluaskan di seluruh kawasan FELDA .Namun peneroka juga harus realistik dengan mengambil kira kemampuan dan jangkamasa di perlukan untuk melihat semua yang dirancang berjalan dengan baik. Adalah mustahil membina rumah generasi kedua sama jumlahnya dengan rumah peneroka asal FELDA yang berjumlah 120,000 buah rumah sejak penubuhan FELDA 60 tahun lalu. Pembinaan perumahan generasi kedua FELDA memerlukan masa dan sudah tentu tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat"
" Bagi mereka yang berkemampuan untuk membina rumah, kebenaran telah pun diberi kepada anak anak generasi kedua untuk membina rumah kedua di dalam tapak rumah peneroka. Ini akan serba sedikit akan dapat membantu kita melihat anak anak peneroka memiliki rumah mereka sendiri yang diidamkan".kata Tan Sri Shahril Samad .
Menyentuh isu yang sering ditimbulkan pembangkang yang menjadikan FELDA sebagai sasaran kempen kali ini beliau berkata " Pakatan Harapan dalam menifesto pilihanraya akan datang akan menyerahkan pengurusan tanah untuk dikendalikan oleh peneroka dan harta FELDA akan di swastakan. Penswastaan begini akhirnya akan memberikan kesan buruk kepada peneroka akhirnya kerana ianya hanya menguntungkan kroni dan bukan peneroka . Bayangkan sahaja jika Menara FELDA yang mempunyai nilai 1 billion akan diberikan kepada kroni berbanding sekarang dimiliki oleh FELDA. FELDA sejak dulu akan sentiasa mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada peneroka dan sekiranya diswastakan kepada kroni seperti di tawarkan kepada Pakatan Harapan maka peneroka akan sedar ketika itu akibat buruk penswastaan seperti di tawarkan Pakatan Harapan.
Seminar Muafakat Wilayah Jengka FELDA itu akan membincangkan hala tuju FELDA dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak terutama pemimpin masyarakat dikawasan FELDA. Ianya turut dihadiri oleh wakil rakyat yang mempunyai kawasan FELDA di Wilayah Jengka dan antara yang hadir YB Dato Bakar Harun ADUN Chini,YB Dato Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul ,YB Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka dan YB Dato Dr Ahmad Shukry Ismail ADUN Pulau Tawar.
YB Tan Sri Shahril Samad bersama peserta Seminar Muafakat FELDA |
YB Tan Sri Shahril Samad sedang berbual bersama YB Dato Shahaniza Shamsuddin |
~ Abadi Romeo
0 comments:
Post a Comment