Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 3, 2017

BN PERLU TAKLUKI SELANGOR UNTUK LEBIH BANYAK PR1MA





Rakyat Selangor perlu memastikan kemenangan buat BN di negeri itu dalam Pilihan Raya Umum akan datang bagi membolehkan rumah PR1MA dibina dengan lebih banyak.

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, pembinaan rumah mampu milik di negeri itu terbantut hampir 40 ribu kerana tidak mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri kini di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kalau kerajan negeri tak bagi bekerjasama dengan PR1MA dan PPR tentu kita akan hadapi masalah, kalau nak pastikan rumah PR1MA dilaksanakan rumah dengan lebih banyak, sebab sekarang ni baru 11 ribu sahaja yang kita bina, ada 40 ribu lagi yang belum kita laksanakan, pastikan BN menang dulu di Selangor PR1MA kita akan buat dengan lebih banyak lagi.

“Shah Alam kena ingat, bukan cakap hari ni esok rumah boleh siap, kita kena dapat komitmen dulu dari kerajaan negeri, pergi balik ajar Menteri Besar Selangor,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen PAN Shah Alam Khalid Abdul Samad di Dewan Rakyat, Khamis.

Terdahulu, Khalid meminta kementerian menyatakan perancangan Kementerian untuk memastikan bahawa sasaran kerajaan untuk membina 1.1 juta rumah mampu milik yang dijanjikan dapat dicapai sebelum 2018.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Noh berkata setakat ini kementerian telah menyiapkan 255, 341 buah rumah, 717, 512 masih dalam perancangan dan baki komitmen sebanyak 138, 775.

Daripada jumlah tersebut Noh berkata Azmin sepatutnya mencontohi sikap kerajaan negeri Kelantan yang sentiasa memberi kerjasama demi kepentingan rakyat, bukannya politik.

“Kelantan fikir masalah rumah rakyat, bagi kerjasama yang baik dengan PR1MA, kerana tidak memikirkan politik macam Selangor,” ujarnya lagi.


0 comments:

share2