Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 3, 2017

BERA ALAMI GANGGUAN BEKALAN AIR PADA ISNIN


air


Beberapa kawasan di Bera dekat sini, akan mengalami masalah bekalan air pada Isnin ini (6 November) kerana kerja penggantian dan mencuci tangki air bersih di Loji Rawatan Air Triang.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam kenyataan media di sini hari ini berkata, gangguan bekalan air yang melibatkan 16,000 akaun pengguna itu dijadual bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Kawasan yang terlibat ialah Triang Estate, seluruh bandar Triang ke Kemayan termasuk Bandar Mengkuang, Felda Mengkuang, Mengkuang Estate, Felda Bukit Mendi, Felda Bukit Puchong, Felda Sungai Kemahal, Kampung Sungai Tuang dan Kampung Bongkok.

Turut terjejas ialah seluruh Kerayong, kawasan perumahan sekitar Bandar Bera hingga ke sempadan Bera, Kampung Mengkarak, Ladang Karmen, Durian Tawar, Kampung Jelam, Kuala Bera dan Kampung Gemuruh.

Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya dan mereka boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (Pulapel) di 09-5739999 untuk pertanyaan.


0 comments:

share2