Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 3, 2017

AMBIGA JANGAN BALING BATU SEMBUNYI TANGAN: ZAHID





Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga tidak seharusnya bersikap ‘membaling batu dan sembunyi tangan’ apabila dikaitkan memberi maklumat kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown kononnya pemimpin PAS menerima wang daripada Perdana Menteri berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan segala kerosakan yang berlaku terhadap PAS, Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga perlu bertanggungjawab terhadap segala data dan maklumat yang dimiliki oleh Pengasas Sarawak Report itu.

“Dari dulu kita tahu sikap Ambiga ini yang hanya berani di belakang dan tak berani bila di depan. Kalau dia terus elak bertemu wartawan, ertinya dia tidak punya keberanian.

“Kalau berani, tunjukkan bukti. Oleh kerana perkara ini dah terdedah, dia perlu berani bertanggungjawab terhadap semua data,” katanya.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) baharu di Bukit Kayu Hitam, di Kedah semalam.

Zahid mengulas pengakuan Rewcastle-Brown dalam dokumen di mahkamah bahawa Ambiga memberi maklumat mengenai dakwaan pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.

Dokumen berkenaan difailkan wanita itu susulan saman fitnah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang terhadap beliau pada 21 April lalu.

Ekoran pendedahan itu, Ambiga masih berdiam diam diri dan enggan mengulas perkara itu.


0 comments:

share2