Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 28, 2017

[MUADZAM SHAH] SAMBUTAN HARI WANITA TAHUN 2017




Sambutan Hari Wanita Pahang 2017 membawa pendekatan baru dengan mengadakan forum “TN50 Apa Wanita Mahu” yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Maznah Mazlan.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, Dato’ Shahaniza Shamsuddin berkata wanita daripada  pelbagai golongan masyarakat dan akar umbi hadir bagi menyuarakan sendiri  hasrat mereka untuk masa depan yang lebih baik.

“Pendekatan ini lebih bermakna kerana kandungan forum dikumpul dan difailkan untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang”.

“Kita melaksanakan polisi untuk wanita adalah untuk kebaikan  wanita. Ia akan dilaksanakan dengan lebih baik apabila kandungan polisi dibuat berdasarkan kehendak yang kemukakan oleh golongan wanita sendiri.”

“Penukaran konsep kali ini adalah supaya wanita lebih bersikap positif untuk memberi pandangan dan kritikan demi kejayaan mereka sendiri,” kata Dato’ Shahaniza lagi.

        
          

0 comments:

share2