Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, October 31, 2017

BELIA MAHU MALAYSIA BERSATU - KJ





Keinginan untuk melihat Malaysia sebagai negara bersatu adalah antara elemen yang disuarakan oleh belia di negara ini bagi memastikan Transformasi Nasional 2050 (TN50) tercapai.

Selain itu, perkara lain yang dimahukan adalah kebertanggungjawaban membabitkan masyarakat dan ahli politik, adil dan saksama dalam agenda pembangunan, lestari menguruskan sumbernya dan negara mempunyai daya saing peringkat global.

Justeru itu,Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan membentangkan Laporan Belia 2050 pada Januari sebagai input pada Dasar TN50 yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 16 September tahun depan.

“Sehingga kini pihak saya sudah bersemuka dengan lebih 1.5 juta belia di seluruh negara, termasuk menerima aspirasi golongan berkenaan dari media sosial selain mendapat input menerusi Dialog Transformasi TN50.

“Aspirasi belia yang sudah kita kumpulkan sehingga kini sudah berjumlah 80,000 aspirasi yang merangkumi lima elemen terbabit,” katanya selepas menghadiri Dialog Transformasi TN50, di Dewan Lagenda, Kampung Budaya Sarawak, semalam.

Seramai 300 belia negeri itu dilaporkan hadir pada majlis dialog berkenaan yang menyarankan Kerajaan Pusat meningkatkan prasarana pendidikan, menaiktaraf sambungan internet termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman, selain menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

Hadir sama, Menteri Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata belia di Sarawak disifatkan mempunyai aspirasi unik disebabkan kekayaan etnik masyarakatnya yang perlu dikekalkan.

“Mereka mahu kepelbagaian ini dilihat sebagai kekuatan dan bukannya liabilti untuk negara,” katanya.


0 comments:

share2