Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, October 27, 2017

BANTU MUDAHKAN SEDEKAH DI MASJID


Bantu mudahkan sedekah di masjid


Pelbagai cara di lakukan sesetengah pihak bagi membantu dan memudahkan urusan sedekah pihak ketiga.

Tidak terkecuali, bagi Natasha Haleiza Nur Mat Yusof, 38, yang menganjurkan program sedekah di masjid dan juga rumah anak yatim serta tahfiz.

Program yang dilaksanakan bermula tahun ini mendapat sambutan menggalakkan apabila Natasha menggunakan platform media sosial seperti Facebook dan aplikasi WhatsApp bagi memudahkan individu yang ingin memberi sedekah.

Natasha berkata, program sedekah itu dijalankan seminggu sekali iaitu setiap hari Jumaat.

“Saya akan menguar-uarkan program sedekah di media sosial dan mereka yang berminat boleh memberikan derma ke akaun saya.

“Cara ini lebih mudah dan kebanyakan mereka yang ingin bersedekah terdiri daripada rakan Facebook dari merata-rata tempat,” katanya kepada Sinar Harian.

Natasha berkata, biasanya menu sedekah yang disediakan adalah pelbagai jenis kuih-muih bergantung pada jumlah sedekah yang diperoleh.

Katanya, sepanjang program ini berlangsung, pemberi sedekah berpuas hati dan terus menyumbang untuk program ini.

“Setiap minggu saya akan ke masjid-masjid secara bergilir-gilir dan keutamaan diberikan di masjid di kawasan kampung.

“Saya bersyukur kerana sumbangan sedekah yang diberikan menggembirakan jemaah masjid malah mereka menerima baik program ini,” katanya.

Natasha berkata, dia berharap program sedekah itu dipandang positif oleh setiap orang kerana tujuannya hanya untuk memudahkan pihak ketiga untuk bersedekah.


0 comments:

share2