Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, October 28, 2017

BAJET 2018 BUKTI KERAJAAN DENGAR SUARA RAKYAT

SALLEH SAID KERUAK



1. Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, iaitu pertambahan peruntukan sebanyak RM19.45 bilion berbanding dengan RM260.8 bilion pada Bajet 2017. Daripada jumlah ini, RM234.25 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion.

2. Satu yang menarik tentang bajet ini ialah ia cukup komprehensif dan inklusif melibatkan semua golongan masyarakat. Ini membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat dan memahami aspirasi rakyat. Bajet ini realistik (prudent), bukannya populis seperti bajet olok-olok yang dibentangkan oleh PH.

3. Saya menilai bajet ini bukan sahaja menggembirakan rakyat, tetapi mampu menjana ekonomi negara. PM sendiri menyatakan ini adalah ‘ibu segala bajet’ dan bajet terbaik yang pernah beliau bentangkan. Bajetnya pemurah menepati sasaran, berhemat tetapi tidak bakhil.


0 comments:

share2