Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, September 10, 2017

PENDATANG ASING LARI LINTANG-PUKANG MASUK HUTAN


Pendatang asing lari lintang-pukang masuk hutan


Cyberjaya - Sekumpulan pendatang asing tanpa izin lari lintang-pukang ke dalam hutan berhampiran untuk menyelamatkan diri daripada dicekup Jabatan Imigresen Malaysia.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota dan pegawai berjaya mematahkan cubaan melarikan diri itu.

Serbuan di rumah kongsi di tapak pembinaan di Persiaran Semarak Api, di sini, jam 12.30 tengah malam sdijalankan hasil maklumat dan aduan awam.

Pengarahnya, Omran Omar berkata, ketika serbuan kebanyakan penghuni rumah kongsi tersebut sedang tidur dan apabila menyedari kehadiran pihaknya, segelintir mereka cuba melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Dalam serbuan itu seramai 384 orang warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, kita telah menahan sebanyak 133 orang yang terdiri daripada 92 orang lelaki dan 41 wanita atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua yang ditahan berusia lingkungan dua hingga 61 tahun. Mereka terdiri daripada 107 warga Indonesia, 13 Bangladesh, tujuh Myanmar dan enam pakistan,” katanya.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kebanyakan Pati tersebut menjadikan rumah kongsi itu sebagai tempat perlindungan sejak enam bulan yang lalu.


0 comments:

share2