Kelihatan seperti mahu menjadi ‘hero’ di mata masyarakat, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sebenarnya membodohkan dirinya apabila pendedahan isu yang dibawa sering menemui kegagalan.
Sebagai contoh, tentang tuduhan terbarunya terhadap kerajaan mengenai laporan penyata kewangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), ia sekaligus menunjukkan penipuan di pihak Rafizi kerana laporan tersebut boleh dibaca di laman web Parlimen sejak ia dibentang dalam Dewan Rakyat pada April lalu.
Selain itu, Rafizi turut menyerang Tabung Haji dan didakwa menyebabkan lebih kurang 3,600 pendeposit mengeluarkan wang daripada akaun mereka dan berisiko kehilangan tempat dalam senarai menunggu bagi menunaikan ibadah haji mereka.
Selepas kejadian itu, Ahli Parlimen Pandan itu masih lagi tidak sedar diri dengan kesan disebalik tindakannya, sebaliknya terus membuat serangan terhadap kerajaan, sehingga segelintir rakyat mula membuka mata tentang apa yang dilakukan Rafizi.
Namun, sehingga hari ini Rafizi tetap merasakan dirinya masih mendapat sokongan padu daripada rakyat apabila kutipan dana melalui Invoke yang diterajunya mencecah RM1.5 juta.
Meskipun mendapat tentangan daripada kepimpinan tertinggi PKR, beliau tidak menghiraukan semua perkara tersebut dan hanya membuat tindakan mengikut hawa nafsu.
Ia sekaligus menimbulkan kemarahan pemimpin PKR seperti Latheefa Koya yang kini dilihat menyerang Rafizi secara terang-terangan melalui laman Facebook.
Latheefa dilaporkan mendakwa Langkah Kajang yang dirancang Rafizi itu adalah kegagalan terbesar beliau dalam usaha menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Pada ketika pengumuman Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang, Rafizi adalah antara pimpinan PKR yang paling sibuk sekali.
Beliau dalam keadaan-keadaan tertentu di lihat seolah-olah ‘key maker’ kepada segala perancangan PKR untuk menempatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.
Namun antara perkara yang tidak disedari oleh banyak pihak adalah perkara yang berlaku menunjukkan betapa lemahnya Rafizi dalam menggerakkan operasi sulit untuk membawa Anwar ke Putrajaya.
Sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan untuk menyusun strategi politik PKR , Rafizi sepatutnya malu kerana gagal menyediakan strategi terbaik buat Anwar dan konco-konconya.
Ia tidak terhenti di situ, Latheefa terus mendedahkan pada dua hari lalu bahawa rancangan Langkah Kajang adalah usaha untuk menghalang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada dilantik menteri besar.
Daripada kemelut Langkah Kajang, masalah dalaman lain berlarutan sehingga ke hari ini apabila Rafizi secara jelas menyerang Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.
Namun Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mempertahankan Azmin dari terus diserang Rafizi yang kini lantang menggunakan isu Selangor sebagai senjatanya.
Sehingga kini, belum ada penyelesaian dalam masalah tersebut sehinggakan Presiden parti hanya menjadi penonton semata.
0 comments:
Post a Comment