\
Lazimnya setiap kali hujan, mesti ramai akan buka payung namun ada juga tidak bernasib baik apabila masih lagi basah terkena tempias terutama jika hujan lebat dengan angin kencang!
Bagaimanapun satu rakaman video unik dari luar negara ini memperlihatkan sejenis model payung ‘pelik’ yang menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia apabila sudah ditonton lebih 15 juta kali.
Bayangkanlah dengan hampir 19,000 perkongsian sejak dimuat turun Rabu lalu, video amatur ringkas disiarkan Today KLIP 2.0 yang berdurasi hanya 18 saat itu memaparkan seorang wanita muda ‘memakai’ payung tersebut.
Individu berkenaan yang berbaju blaus lengan pendek warna merah jambu dan skirt mini hitam sambil menyandang tas tangan itu kelihatan menunggu bas di bahu jalan sebuah hentian pengangkutan awam darat di luar negara.
Tiada maklumat lengkap mengenai insiden ini berlaku di mana dan bila tetapi aksi bersahaja wanita tersebut ‘gagal’ dibasahi hujan akibat dilindungi payung istimewa berkenaan cukup mencuit hati ramai pengguna media sosial.
Pentadbir akaun Facebook itu yang cuma menulis tajuk berbentuk persoalan Payung model terbaharu 2017? mungkin terkejut apabila video tersebut tular sehingga menerima 22,000 tanda suka dan lebih 4,000 komen.
Ramai meluahkan kekaguman dengan kehebatan payung itu mampu melindungi pengguna daripada percikan hujan malahan lapisan kain pelindung yang telus jernih membolehkan si pemakai boleh bergerak bebas tanpa masalah.
Apa yang menjadi tanda tanya, di manakah boleh didapati payung berbentuk ‘kelambu’ sedemikian dan berapakah harga jualannya atau mungkin juga rakaman ini cuma lakonan jenaka pihak tertentu.
0 comments:
Post a Comment