Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 19, 2017

[KUANTAN] MPK ATASI MASALAH AIR TASIK TAMAN GELORA SUSUT


MPK atasi masalah air tasik Taman Gelora susut


Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah penyusutan paras air di tasik Taman Gelora, di sini.

Masalah paras air itu terjadi sejak musim panas melampau yang melanda negara ini pada April tahun lalu menyebabkan pengunjung mendakwa ia mengundang bau kurang enak selain mencacatkan pemandangan di kawasan rekreasi terkenal itu.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zainal Muhammad Safian berkata, kos yang tinggi diperlukan untuk memperbaiki pagar yang mengawal air keluar masuk di tasik tersebut.

Menurutnya, Jabatan Kejuruteraan dipertanggungjawabkan untuk situasi tersebut selain memikirkan cara terbaik dengan kos minimum.

“Setakat ini memang sudah ada pagar tersebut tetapi ia tidak berada dalam keadaan yang sepatutnya dan kita sedar dengan situasi itu.

“Selain itu faktor cuaca juga menjadi faktor kekurangan paras air di tasik ini,” katanya selepas melakukan tinjauan bersama Ahli Majlis MPK termasuk Datuk Lee Yong Wei di Taman Gelora, di sini.

Sementara itu, Yong Wei berkata, masalah itu akan diusulkan ke dalam mesyuarat yang akan datang untuk mengatasinya.


0 comments:

share2