Balok Eind Challenge adalah merupakan program sukan air lasak yang dianjurkan oleh Hudata Intergrated dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang. Acara ini juga telah dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Negeri Pahang 2017 dan akan diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan seperti tahun-tahun sebelumnya.
Balok Wind Challenge diadakan pada 17, 18 dan 19 Februari dan bakal memeriahkan pantai peranginan Balok dengan ratusan peminat sukan air di negara ini.
Acara sukan professional ini merangkumi beberapa jenis pertandingan iaitu luncur layar (kite surfing), luncur angin (windsurfing), buggy layang (kitebuggy), perahu layar ( optimist), laser dan stand up paddle.
Acara luncur angin ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Wind Based Category, Dinghies Category dan Paddling Category.
Sebenarnya, pertandingan luncur kayar telah lama diadakan di Balok sekitar tahun 80-an di mana pada masa itu acara ini menggunakan nama Kuantan Challenge. Walaupun belum mendapat tempat sepenuhnya dikalangan peminat sukan tanah air, namun ianya semakin diminati oleh golongan amatur dan menjadi suak air antarabangsa di beberapa negara luar seperti Singapura, England, Denmark, Jerman, Thailand dan Australia.
Balok Wind Challenge telah menganggarkan 83 peseta profesional dan amatur yang datang dari serata Malaysia dan beberapa negara luar termasuklah Thailand, Hong kong, Singapura, Poland, German, Italy, Japan, China, England dan Brunei.
Yuran pendaftaran yang dikenakan bagi semua pertandingan adalah RM100 dan segala spek teknikal dikendalikan oleh Malaysian Sailing Association (MSA).
Secara kesimpulannya, program besar sebegini secara tidak langsung akan mempromosikan Balok sebagai sebuah destinasi peranginan persisiran pantai utama di daerah Kuantan seterusnya melonjakkan lagi jumlah kedatangan pelancong.
Ini terbukti dengan hanya beberapa penyertaan dari negara luar yang dilihat mampu memberikan impak yang besar kepada sektor pelancongan di Negeri Pahang.
0 comments:
Post a Comment