Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 4, 2016

WANITA TUNJUK PERASAAN BEKAS MAJIKAN TIDAK BAYAR GAJI





SEORANG bekas pekerja sebuah stesen kereta api bawah tanah di China mengamuk setelah bekas majikannya tidak membayar gajinya.

Wanita berusia 46 tahun itu melakukan tunjuk perasaan itu di stesen Wuhan wilayah Hubei pada 30 November lalu.

Menerusi video yang tersebar, wanita berkenaan dirakam memanjat mesin pengimbas bagasi yang terdapat di stesen tersebut sambil memaki hamun kakitangan yang sedang bertugas.

Beberapa anggota pengawal keselamatan dilihat menghampiri suspek namun wanita itu bertindak agresif dan cuba melawan apabila disuruh turun dari mesin tersebut.


Menurut sebuah laman berita tempatan negara itu, wanita tersebut mendakwa bekas majikannya berhutang dengannya sebulan gaji.

Tindakan wanita berkenaan telah menarik perhatian beberapa pengguna stesen tersebut malah sesetengah daripada mereka tidak melepaskan peluang untuk merakam kejadian itu.






Menurut ketua keselamatan stesen berkenaan, pihaknya terpaksa menanggung kerugian kerosakan sebanyak 3,000 yuan (kira-kira RM1,947.58) akibat tindakan ganas wanita tersebut.

Susulan perbuatan merosakan harta awam, wanita itu pula ditahan pihak berkuasa selama 10 hari.

Rakaman insiden tersebut tersebar di laman sesawang mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.

Seorang pengguna menulis, “Rakyat biasa tidak mempunyai apa-apa cara untuk menyelesaikan masalah pertikaian gaji.”

Manakala yang lain pula berkata, “Saya bersimpati terhadap wanita itu tetapi saya tidak bersetuju dengan tingkah lakunya.”

Dan seorang lagi pengguna memberitahu, “Sekarang wanita tersebut berdepan tuntutan untuk bayar pampasan terhadap kemusnahan yang dilakukan, bermimpilah untuk dapat semula gajinya.”


0 comments:

share2