Kumpulan yang memakai label ‘Bersih’ dikatakan menuntut 5 perkara:
- Pilihan raya bersih
- Kerajaan bersih
- Kukuhkan demokrasi berparlimen
- Hak membantah
- Memperkasa Sabah dan Sarawak
Apa yang anda lihat ketika setiap kali himpunan haram ini dijalankan?
1. Memaki hamun pemimpin negara
2. Sikap agresif peserta melalui pelbagai provokasi terhadap pihak berkuasa
3. Tidak kukuh lagikah institusi parlimen sehinggakan ahli parlimen pembangkang merasakan boleh mendedahkan apa sahaja termasuk OSA?
4. Butakan mata melihat apa pembaharuan yang berlaku di Sabah dan Sarawak saban tahun.
5. Kerajaan bersih bukan setakat tertumpu kepada kerajaan BN sahaja. Bagaimana dengan kerajaan pembangkang yang banjir dengan skandal rasuah dan seks?
Bagaimana pula dengan dana asing khas untuk melancarkan demostrasi haram? Bolehkah dengan begitu mudah penganjur atau pemimpin pembangkang yang turut sama berada di belakang gerakan haram ini mengatakan ianya dibolehkan?
Bersihkah sekiranya orang atau pertubuhan dari luar negara memberikan sejumlah wang khusus untuk hancurkan demokrasi berparlimen yang sekian lama terbukti negara aman dan harmoni?
Zalimkah kerajaan pusat apabila menyekat gerakan yang disahkan menerima sejumlah dana (mungkin setiap bulan atau geran tahunan) hanya semata-mata untuk menidakkan keputusan pilihanraya.
Terbukti dua penggal berlalu dan Pulau Pinang dan Selangor kekal milik pembangkang. Tidak termasuk hampir 30 tahun PAS memerintah Kelantan. Adakah takrif bersih hanya apabila pembangkang yang diketuai oleh DAP dapat memerintah Malaysia?
Setiap kali demostrasi haram berlangsung di Kuala Lumpur, yang hadir hanyalah ahli parti pakatan harapan dan pakatan rakyat. Tidak sampai pun 0.1% yang hadir dari jumlah 30 juta rakyat Malaysia dan sekiranya di kira dari jumlah kehadiran mengikut laporan media pro pakatan harapan (bukannya oleh biro khas bersih), angka 40,000 kehadiran berbanding dengan jumlah rakyat negara ini yang layak mengundi, tidak sampai 1% yang bersetuju dengan strategi politik gerakan yang terang-terang hanyalah alat untuk pakatan harapan pimpinan DAP.
Ternyata usaha gerakan haram untuk mendidik rakyat Malaysia supaya menjadi pejuang jalanan dengan pekikan dan lolongan mampu ubah negara, gagal. Akhirnya yang membela Maria Chin bukannya sejumlah peguam bersih tetapi wakil rakyat pembangkang yang kariernya juga seorang peguam. Kemana sekarung guni peguam yang kononnya sanggup membela pendemo haram jalanan?
Bukannya sukar untuk membaca gerakan Maria Chin, Bersih dan Dap yang memimpin pakatan harapan. Mereka mengunakan demostrasi sebagai alat untuk ‘menjual’ negara malah lebih teruk, menjadikan Malaysia sebagai negara yang runtuh dengan gaya “Arab Spring”?
Si pembeli, Soros mungkin tersenyum dari anjung istana mewahnya di negara Uncle Sam, walaupun nampak gagal tetapi menjadikan Malaysia sebagai tumpuan dunia sudah memadai. Menampakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang ‘tidak berapa aman’ sudah cukup untuk menakutkan pelabur.
Pelaburan Soros dengan hanya USD70 ribu memadai untuk merosakkan reputasi Malaysia. Yang terpampang hanya angka tersebut, yang tersembunyi melalui saluran parti politik mungkin 20 kali ganda dari angka tersebut. Apabila didesak untuk paparkan aliran dana politik yang diterima DAP, Lim Kit Siang menolak mentah-mentah.
Apabila undang-undang membenarkan bantahan dibuat maka lakukanlah dengan saluran yang betul. Kalau tersalah pilih maka kerajaan juga mempunyai hak untuk menahan dan menghukum.
Pelajar UPSR pun ada hak membantah keputusan peperiksaan mereka saban tahun, parti politik juga mempunyai hak untuk mencabar keputusan pilihanraya sekiranya tidak berpuashati malah sudah terbukti banyak kes dibawa ke mahkamah malah apa juga yang berkaitan dengan ‘tidak puas hati’ boleh membantah. Adakah Maria Chin tidak tahu kewujudan “membantah” ini?.
Jangan samakan teriakan Merdekakan Tanah Melayu oleh UMNO dengan pekikan demostrasi haram Maria Chin!
0 comments:
Post a Comment