Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 3, 2016

#PAU2016: PEMBANGKANG DI NEGARA INI PEMBANGKANG MENTALITI KELAS KETIGA – ISMAIL SABRI





Kuala Lumpur - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, standard mentaliti pembangkang di negara ini boleh dilabelkan sebagai kelas ketiga kerana apa sahaja yang kerajaan pusat lakukan walaupun demi kebaikan rakyat, mereka akan bantah.

Jelasnya, sebagai pembangkang mereka sepatutnya menyokong apa yang baik untuk rakyat tetapi pembangkang yang ada di negara ini tidak akan menerima walaupun perkara itu adalah kebaikan untuk semua hanya kerana mereka adalah pembangkang.

“Ini berbeza dengan negara di Eropah, Amerika dan sebagainya kerana pembangkang di sana, jika ada isu yang membawa kepentingan kepada umum mereka akan terima.

“Kerana itulah, apa sahaja yang kerajaan lakukan mereka akan manipulasikan agar rakyat terkeliru, apatah lagi apabila melihat ucapan bersemangat Presiden UMNO ketika di Perhimpunan Agung UMNO menggariskan apa yang patut dilakukan, pembangkang nampak agak terganggu dan tergugat seolah-olah cemas dengan apa yang berlaku di dalam perhimpunan ini.

“Sebab itu mereka akan serang UMNO,” ujarnya dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Tambah Ismail, kerana itulah beliau tidak hairan apabila pembangkan menyerang hasrat UMNO untuk membina bangunan baru dan cadangan pelaksanaan Akta RUU 355.

“Bagi saya, bangunan UMNO ini sepatutnya menjadi kebanggaan orang Melayu kerana kita tahu tidak banyak bangunan kepunyaan orang Melayu di Kuala Lumpur.

“UMNO sebagai sebuah parti Melayu mempunyai bangunan dan kompleks yang begitu besar sepatutnya menjadi kebanggaan semua.. bukan setakat ahli UMNO tetapi ia melambangkan kejayaan orang Melayu secara keseluruhannya.

“Berkaitan RUU 333 pula, sepatutnya orang Islam mempunyai satu suara dalam akta ini kerana akta ini adalah untuk memperkasakan undang-undang syariah yang ada tetapi dimanipulasikan oleh pembangkang terutama Dap,” katanya.

Jelasnya lagi, Dap menakut-nakutkan orang bukan Islam seolah-olah mereka akan dikaitkan dengan akta ini sedangkan perkara sebenar hanya termaktub untuk orang Islam sahaja.


0 comments:

share2