Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 9.13 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumlan pusat gempa itu terletak 323 kilometer barat laut Kupang, Indonesia dan 1,371 km dari Sarikei, Sarawak.
Gempa bumi itu bagaimanapun tidak mencetuskan ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.
0 comments:
Post a Comment