Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 6, 2016

[KUANTAN] TIADA KES ZIKA DI PAHANG


Zika


Tiada kes jangkitan virus Zika dilaporkan di negeri ini setakat ini seperti yang didakwa dan menjadi viral di laman sosial.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, beliau telah membuat semakan berhubung dakwaan tersebut dan mendapati kes yang dikaitkan dengan seorang penduduk di Taman Guru, di sini itu bukan disebabkan virus Zika.

''Saya akan dapatkan maklumat terperinci berhubung kes berkenaan namun maklumat awal yang saya peroleh bukan disebabkan jangkitan virus Zika.

''Saya percaya Jabatan Kesihatan negeri dan Kementerian Kesihatan sendiri akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan jangkitan virus zika,'' katanya ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Institusi Pendidikan Seri dan Semi di sini, hari ini.

Dakwaan yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan mengatakan seorang kakitangan kolej yang tinggal di kawasan perumahan tersebut sebagai kes pertama jangkitan virus Zika di negeri ini.

0 comments:

share2