Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 6, 2016

[KUANTAN] PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN DI STESEN PEMBANGUNAN KOMODITI BUKIT GOH






Petang tadi, Yb Dato' Shafik Fauzan hadir di 'Pesta Makan Buah-Buahan' anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pahang bertempat di Stesen Pembangunan Komoditi Bukit Goh. Tetamu dan rakan-rakan media juga dijemput hadir.

Beliau memaklumkan bahawa ada sebanyak 328 ladang atau individu yang telah diberikan sijil MyGAP yang bertujuan mengawal kualiti hasil tanaman yang mana diseliakan oleh Jabatan Pertanian sendiri.

Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) adalah satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002, dahulunya dikenali dengan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB. Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practices (GAP).

Memohon persijilan MyGAP adalah digalakkan bagi memudahkan pemasaraan produk yang dihasilkan kerana dengan adanya persijilan membolehkan diyakini oleh pembeli dalam negara juga pengimport luar negara.

Dalam masa sama, Dato' Shafik memaklumkan bahawa negara kita masih lagi kekurangan 'Plant Breeder'. Kerana itu negara masih lagi mengimport biji-biji benih untuk kegunaan pertanian tempatan. Justeru, pengeluaran biji benih haruslah dikomersialkan selain dari memasarkan hasil pertanian itu sendiri.








0 comments:

share2