Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 18, 2016

PENG SOON/LIU YING RAIH PINGAT PERAK


Chan Peng Soon-Goh Liu Ying



Hasrat pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dam Goh Liu Ying untuk menghadiahkan emas pertama buat Malaysia dalam temasya sukan Olimpik Rio tidak kesampaian setelah mereka ditewaskan pasangan nombor tiga dunia, Tontowi Ahmad dan Liliana Natsir 14-21, 12-21 dalam perlawanan akhir malam tadi.

Dalam pertemuan tersebut, beregu Indonesia lebih agresif mengatur permainan dan menyebabkan pasangan negara banyak melakukan kesilapan serta memberi mata mudah buat pihak lawan.

Selain daripada itu, Tontowi Ahmad dan Liliana Natsir turut menggunakan peluang serta ruang yang terhidang dengan sebaiknya sehingga memaksa regu negara bekerja keras untuk mengekang kemaraan mereka.

Pasangan Indonesia juga turut beberapa kali membuat bantahan kepada pengadil perlawanan berikutan tidak berpuas hati dengan cara servis Peng Soon yang dianggap batal.

Sebelum ini, Peng Soon-Liu Ying telah ditewaskan oleh Tontowi Ahmad dan Liliana Natsir dengan mata 21-15, 21-11 dalam aksi Kumpulan C, Sabtu lepas. 

Peng Soon dan Liu Ling berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menewaskan pasangan China, Chen Xu-Ma Jin 21-12, 21-19 di peringkat separuh akhir.

Harapan Malaysia untuk memburu pingat emas pertana masih bersinar apabila pasangan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong bakal turun menggalas cabaran negara.

V Shem dan Wee Kiong bakal berdepan pasangan dari China, Zhang Nan dan Fu Haifeng dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.

Selain itu, sandaran perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei juga bakal beraksi pada hari Jumaat ini bagi peringkat separuh akhir menentang seteru utamanya dari China, Lin Dan.


2 comments:

  • Anonymous says:
    August 18, 2016 at 9:47 AM

    Sukan SEA?

  • Admin PahangKu says:
    August 18, 2016 at 1:30 PM

    terima kasih saudara

share2