Moscow - Hubungan Amerika Syarikat dengan Rusia seperti yang diketahui umum adalah dingin, namun apabila situasi semasa mendesak kedua-dua negara ini terpaksa beralah,salah satunya adalah kes melibatkan Syria.
Memetik laporan News Max.com, pemerintahan Kremlim Rusia melaporkan Presiden Vladimir Putin telah menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk membicarakan beberapa hal penting melibatkan negara bergolak itu.
"Kedua-dua pemimpin itu mengesahkan kesediaan mereka untuk membina penyelarasan tindakan Rusia dan AS di Syria dalam bidang ketenteraan, dan menyatakan kepentingan meneruskan rundingan damai," demikian petik kenyataan rasmi pemerintahan Rusia.
Selain itu,keduanya juga membincangkan mengenai isu Nargono-Karabakh, konflik antara Armenia dan Azerbaijan.
Putin memaklumkan kepada Obama bahawa beliau sudah mengaturkan sebuah pertemuan,antara kedua negara itu bagi membincangkan solusi terbaik untuk menghentikan konflik yang melibatkan kedua buah negara tersebut.
Putin berkata pihaknya akan menjadi tuan rumah bagi mengadakan pertemuan diantara presiden Armenia dan Azerbaijan untuk membantu menstabilkan keadaan di zon berkonflik dikedua-dua buah negara berkenaan.
0 comments:
Post a Comment