Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 8, 2016

2 PEKERJA PUB MATI DITETAK, DEEJAY CEDERA PARAH


Kes jenayah


Kuala Lumpur - Dua pekerja pub mati ditetak dan seorang lagi cedera parah selepas diserang oleh enam lelaki bersenjatakan parang di luar sebuah pub di Jalan Duta, di sini, malam tadi.

Keenam-enam lelaki itu yang memakai penutup muka menyerang deejay S. Mogan, 21 dan juruwang wanita R. Mythurai,, 23, dan seorang deejay yang hanya dikenali sebagai Allen yang duduk di kaki lima pub itu di Publika Solaris Dutamas 1.

Ketua Polis Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, susulan insiden itu, Mogan dan Mythurai, yang cedera di kepala dan badan akibat ditetak, mati ketika dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur.

Allen, yang dirawat di hospital kerana kecederaan yang sama, dipercayai berada dalam keadaan kritikal.

Munusamy berkata, rakaman dari kamera CCTV menunjukkan enam lelaki bersenjatakan parang tiba di Destiny Pub dengan menaiki dua buah kereta kira-kira 11 malam.

Beliau berkata, seorang daripada lelaki tersebut mula menyerang Mogan yang duduk di kaki lima pub. Dia berkali-kali menetak mangsa sementara tiga orang lagi rakannya menyerang Mythurai dan Allen.

Bagaimanapun, tiada CCTV dipasang dalam pub. Setakat ini, tiada saksi tampil untuk membantu siasatan.

"Semua suspek memakai penutup muka dan bersenjatakan parang. Mereka kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki dua buah kereta. Kejadian itu berlaku sangat pantas," katanya di sini, semalam.

Munusamy berkata, kira-kira tiga jam selepas kejadian itu, polis menahan enam lelaki berumur 20 hingga 33 tahun, untuk membantu siasatan.

Kesemua suspek telah direman selama seminggu.

Munusamy berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan dendam dan dipercayai ada kaitan dengan sambutan hari jadi yang diadakan di pub itu tidak berapa lama dahulu.

Pada majlis itu, tiga daripada suspek dikatakan bertengkar dengan beberapa orang jemputan sebelum pergaduhan tercetus.

Pihak pengurusan pub membuat laporan polis susulan kejadian ini dan seorang daripada suspek kemudian didakwa sementara dua orang lagi dibebaskan selepas disoal.

Malam tadi, ketiga-tiga mereka ialah antara keenam-enam penyerang yang kembali ke pub tersebut kerana dipercayai untuk membalas dendam.


0 comments:

share2