Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 21, 2016

PEMBANGKANG TINGGALKAN RUNDINGAN


Pembangkang tinggalkan rundingan


Geneva - Jawatankuasa Rundingan Tinggi (HNC) dilaporkan meninggalkan rundingan damai di Geneva selepas insiden serangan udara di kawasan pasar di bandar Maaret al-Numan di barat laut negara itu yang meragut sekurang-kurangnya 44 nyawa, kelmarin.

Jurucakap kumpulan pembangkang utama, Salem al-Meslet menyifatkan 'pembunuhan beramai-ramai' itu mencabuli perjanjian gencatan senjata yang berkuatkuasa di negara terbabit, 27 Februari lalu.

"Kami memutuskan untuk menangguhkan penyertaan dalam rundingan ini sebagai respons terhadap sikap pura-pura kerajaan kononnya mahu cari jalan penyelesaian terhadap konflik ini sedangkan keganasan masih berleluasa," tegasnya.

Difahamkan, serangan berdarah di wilayah Idlib itu menyasarkan kawasan di bawah kawalan kumpulan militan, Barisan al-Nusra yang tidak termasuk dalam perjanjian gencatan senjata tersebut.


0 comments:

share2