Johor Bharu - Seorang pemandu jentera berat terpaksa menahan kesakitan lebih sejam akibat tersepit di bawah jentera itu sebelum diselamatkan dalam kejadian di sebuah kuari Bukit Batu, Kulai, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, jentera dipandu Mohd Hafizi Zakaria Abd Aziz, 26, yang baru dua hari bekerja di kuari tersebut terbalik ketika menaiki bukit membawa longgokan batu.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulaijaya, Zuhairi Rozali berkata, anggotanya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 pagi.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian pada jam 9.25 pagi mendapati mangsa tersepit di bawah jentera berat itu selepas ia terbalik.
“Mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh lebih kurang sejam setengah. Kita mendapati mangsa masih bernyawa dan telah dikejarkan ke Hospital Besar Kulai untuk rawatan lanjut.
“Operasi kita tamat sepenuhnya pada jam 10.55 pagi,” katanya.
0 comments:
Post a Comment