Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 13, 2016

'DIA' TAK MAHU LE[ASKAN ALIYA PERGI


Rasuk


Selama dua tahun, berkhidmat sebagai warden di sebuah sekolah ternama di Selangor, pelbagai kenangan yang dilalui oleh Mohd Zaidi Yusof, 32, antaranya terpaksa menjadi ustaz bidan terjun untuk merawat pelajar yang dirasuk jin.

Mohd Zaidi berkata, kisah merawat pelajar itu merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakannya sepanjang dua tahun menjadi warden di sekolah ternama itu.

"Saya ini hendak kata pandai sangat dalam berubat orang ini tidaklah, tetapi bolehlah serba sikit.

"Dua tahun lalu, saya pernah merawat seorang pelajar tingkatan dua, Aliya Ahmad (bukan nama sebenar) yang telah dirasuk jin," katanya kepada Sinar Online.

Katanya, punca Aliya dirasuk dan meracau adalah selepas dia hendak meninggalkan 'kawannya' itu.

"Rupa-rupanya Aliya sudah dua tahun 'berkawan' dengan jin yang tinggal di sekolah itu, jadi apabila Aliya bertindak sedemikian, jin itu pun marah kepadanya.

"Lepas itu, selama dua minggu Aliya meracau-racau di sekolah, boleh dikatakan saya hampir saban malam menemani Aliya ketika itu.

"Kemuncaknya, ibu Aliya terpaksa datang ke sekolah kerana saya sudah hampir tidak dapat menyelesaikan masalah ini, mujurlah kami membawanya ke pusat Perubatan Islam Darul Syifa dan alhamdulillah Aliya berjaya diberi rawatan yang sebaiknya di sana, dan selepas dirawat Aliya beransur pulih," katanya.

NASIHAT KEPADA PELAJAR

Dalam pada itu, Mohd Zaidi berkata, ketika di pusat Perubatan Islam, ada beberapa ustaz di sana menasihati kepada pelajar supaya mengamalkan amalan membaca ayat suci al-Quran bagi memastikan mereka tidak diganggu oleh makhluk lain.

"Amalan itu perlu diamalkan setiap hari, Insya-ALLAH, amalan ini mampu menjadi pendinding kepada diri kita," katanya.

Mohd Zaidi yang kini sudah meninggalkan sekolah itu berharap agar tiada lagi gangguan yang diterima oleh pelajar-pelajar yang pernah dia jaga dua tahun lalu.


0 comments:

share2