Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 7, 2016

BANYAK KISAH PELIK PUNCA PENYEWA ASYIK BERTUKAR


Banyak kisah pelik punca penyewa asyik bertukar


Shah Alam - "Kolej ini sudah lama tidak berpenghuni bang, banyak kisah pelik-pelik yang berlaku di sini."

Demikian tutur Ismail Ali, 33, seorang bekas penuntut di sebuah kolej swasta di Lembah Klang ketika menceritakan kembali kisah kolej lamanya dahulu.

Menurut Ismail, kolej itu mula beroperasi sekitar tahun 2000 namun terpaksa menutup operasinya atas faktor kewangan.

‎"Selepas itu kolej itu memberi sewa kepada sebuah Institut latihan membuat kek dan kulinari sekitar tahun 2010.

"Dan terakhir sekali bangunan kolej itu disewakan kepada pekerja warga asing yang bekerja kilang di sekitar kawasan tersebut,"katanya.


SILIH BERGANTI PENYEWA

Cerita Ismail, selepas ditinggalkan, kolej itu silih berganti penyewanya namun tiada yang kekal menyewa disitu.

"Paling lama pun beberapa bulan sahaja yang sanggup tinggal di situ, banyak sangat penampakan di situ.

"Apa yang saya dengar, mereka bukan sahaja diganggu waktu malam, ada kalanya pada waktu siang,"katanya.

‎Menurut Ismail, selepas ditinggalkan oleh warga asing itu sehingga kini kolej itu ditinggalkan tidak berpenghuni.


0 comments:

share2