Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 8, 2016

JABATAN KESIHATAN MPK PANTAU BAZAR RAMADAN


Jabatan Kesihatan MPK pantau bazar Ramadan


Klang - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa mengadakan pemantauan terhadap bazar Ramadan sekitar Klang bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pengguna terjamin dalam pengambilan makanan.

Yang Di Pertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pemantauan oleh jabatan kesihatan itu menekankan beberapa aspek keselamatan makanan termasuk memastikan pengendali makanan mendapat suntikan pelalian anti tifoid, kebersihan pengendali makanan, amalan pengendalian manakan dan tahap kebersihan gerai para peniaga.

Menurutnya, selain pemeriksaan yang dijalankan juga giat menjalankan beberapa aktiviti promosi berkenaan keselamatan dan kebersihan makanan.

“Aktiviti promosi yang diadakan bertujuan untuk mendidik pengguna untuk sentiasa peka mengenai aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa membeli dan memilih makanan di bazar Ramadan untuk mengelakkan keracunan makanan.

“MPK sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan makanan dan pemeriksaan ini juga bermatlamat memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983,” katanya.

Dalam pada itu,Yasid menasihatkan orang ramai agar menggunakan kuasa pembeli yang ada pada mereka dengan hanya membeli makanan di premis makanan yang bersih.

“Kebijaksanaan pembeli terhadap pemilihan makanan yang selamat dan bersih turut memainkan peranan dalam mengurangkan kejadian keracunan makanan,” katanya.


0 comments:

share2