Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 8, 2016

ANAK YATIM GEMBIRA TERIMA SUMBANGAN A&W


Anak yatim gembira terima sumbangan A&W


Baling - Seramai 18 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Al-Taqwa, Kampung Jerai Baru, Kupang di sini menyambut ramadan dengan penuh kegembiraan apabila menerima sumbangan berjumlah RM10,000 dari A&W Malaysia Sdn Bhd.

Bantuan itu bertujuan memenuhi keperluan harian dan pendidikan anak-anak yatim berkenaan.

Cek bantuan itu disampaikan Pengerusi A&W Malaysia Sdn Bhd, Datuk Jamelah Abu Bakar pada satu majlis di sini semalam.

Sementara itu pengerusi pertubuhan terbabit Mohd Amzad Ismail berkata, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Mohd Amzad di talian 0135057898 atau menyumbang menerusi akaun Bank Islam 02048010056891.


0 comments:

share2