Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 11, 2016

DUA POLIS TAK SENGAJA TEMBAK 3 ORANG AWAM


Dua polis tak sengaja tembak 3 orang awam


New South Wales - Dua anggota polis disiasat selepas tertembak tiga warga emas di sebuah pusat membeli-belah.

Laporan CNN mengatakan kedua anggota polis tersebut mahu menembak seorang pesakit jiwa yang bersenjatakan pisau, tetapi tertembak mangsa.

Mangsa, berusia 65, 70 dan 82 tahun kini stabil di hospital.

Pesakit jiwa yang berusia 23 tahun juga telah ditembak dan berada dalam kawalan polis di hospital.

Sementara itu, Penolong Ketua Polis New South Wales, Denis Clifford mengatakan anggotanya mempunyai pilihan lain selain menggunakan pistol.

"Mereka ada senjata taser (renjatan elektrik)," kata Denis.

Kata Denis anggotanya juga terpaksa membuat keputusan hidup atau mati dalam sekelip mata.

"Mereka membuat keputusan yang kritikal untuk menjatuhkan penjenayah.

"Kesan daripada perbuatan mereka pula, kami akan siasat," jelasnya.


0 comments:

share2