Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 8, 2016

[KUANTAN] DITAHAN URB, KANTOI BAWA DADAH


Dadah


Lagak selamba dua lelaki ketika terserempak dengan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Lorong Anak Air 2 di sini, petang kelmarin, gagal mengelakkan mereka daripada diperiksa.

Sebaliknya, gerak geri mencurigakan suspek berusia 23 dan 38 tahun itu, menimbulkan syak kepada anggota bertugas, lalu ditahan untuk pemeriksaan lanjut yang membawa kepada penemuan sejumlah dadah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, hasil pemeriksaan dilakukan ke atas dua individu terbabit, polis menemui dan merampas dua plastik lut sinar

“Suspek dibawa ke balai untuk siasatan lanjut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis amphetamine.

Suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama,” katanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki nekad meninggalkan motosikal ditunggangnya dan lari ke dalam semak berhampiran ketika ditahan polis untuk pemeriksaan di Jalan Bukit Setongkol, di sini kelmarin.

Abdul Aziz berkata, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) melakukan rondaan kira-kira jam 3.30 pagi, sebelum terserempak dengan suspek yang sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota bertugas cuba menahannya untuk pemeriksaan bagaimanapun suspek lari dalam semak berhampiran dan meninggalkan motosikalnya di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan ke atas motosikal jenis Demak berwarna merah hitam itu, polis mendapati kenderaan itu dilaporkan hilang di Jaya Gading di sini,” katanya.


0 comments:

share2