Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 7, 2016

[JANDA BAIK] AIR SURUT KERANA DIAMBIL BERLEBIHAN


Air surut kerana diambil berlebihan


Penduduk mendakwa air di kawasan Sungai Chemperoh dan Sungai Benus semakin menyusut bukan sahaja disebabkan fenomena El-Nino, malah dikesan terdapat penggunaan berlebihan untuk tujuan pertanian serta lain-lain lagi.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Janda Baik, Mohd Arris Abdul Manap, 60, berkata, penggunaan air berlebihan di Janda Baik menyebabkan air sungai cetek.

Menurutnya, air sungai itu biasanya hanya untuk memenuhi keperluan harian, bagaimanapun terdapat pihak yang menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

"Memang kita tak nampak salur paip bila air masih banyak, tapi bila sungai mula kering baru nampak banyak paip tambahan dibuat.

"Perkara ni tak boleh dibiar sebab ia jadi punca air Sungai Chemperoh dan Sungai Benus cetek. Kalau terus dibiarkan nanti sungai ni kering," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Azmi Ismail, 31, berkata, sungai berkenaan hampir kering dan menyebabkan aliran air di sepanjang sungai tersekat.

Menurutnya, beberapa bahagian dasar sungai mula kelihatan dan El-Nino bukan satu-satunya punca krisis air sungai berkenaan.

"Selalunya air boleh nampak sampai tebing tapi sejak El-Nino, paras air makin menyusut ditambah dengan penggunaan air berlebihan.

"Malah, hari ni saja (semalam) air surut sekaki dan ini sangat merisaukan kami. Sungai mesti kering kalau tiap-tiap hari macam ni," katanya.

Berikutan itu, penduduk dmenggesa kerajaan negeri mengambil tindakan tegas dalam isu penggunaan air berlebihan ini.


0 comments:

share2