Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 12, 2016

GAJAH MENGAMUK, DOKTOR HAIWAN MAUT DIPIJAK


Gajah mengamuk, doktor haiwan maut dipijak


Sumatera - Seorang doktor haiwan maut selepas dipijak seekor gajah yang mengamuk di Wonogiri, semalam.

Octavia Warahapsari, 25, sedang bertugas melakukan tugas rutin ketika insiden berlaku.

Memetik Kompas.com, mangsa bersama dengan tiga penjaga gajah yang lain membawa dua ekor gajah ke sebuah kawasan terbuka untuk diperiksa kesihatannya.

Ketika mangsa mengambil foto bersama gajah tersebut, seekor daripada gajah itu, mengamuk dan menyerang doktor muda itu.

Mangsa yang terpelanting lebih 3 meter bangun semula untuk mengambil telefon miliknya yang terjatuh namun gajah itu kembali menyerangnya.

Saksi, Pardiyanti ebrkata, selepas hendak mengambil telefonnya, penjaga gajah menyuruhnya lari kerana melihat gajah tersebut masih mengamuk, namun ketika cuba lari, mangsa terjatuh dan menjadi sasaran gajah itu.

"Ia insiden yang tragis.

"Orang melihat haiwan itu memijak wanita itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mangsa," katanya.

Gajah itu kemudia dibawa kembali ke kandang sementara mangsa dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.


0 comments:

share2