Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 8, 2016

AHLI PERNIAGAAN TERIMA SURAT UGUTAN, DUA BUTIR PELURU


Kes jenayah


Georgetown - Seorang wanita berusia 60 tahun berada dalam ketakutan selepas menerima sampul surat berisi dua butir peluru serta sepucuk surat ugutan.

Menurut sumber, surat berkenaan diterima suami ahli perniagaan itu di rumahnya di Jalan Patani kira-kira jam 4 petang semalam.

Difahamkan, dua butir peluru itu dimasukkan ke dalam sampul surat dan diletakkan di hadapan rumah keluarga wanita berkenaan.

Sumber berkata, surat yang ditulis dalam bahasa cina itu meminta supaya mangsa tidak resah dan jangan melaporkannya kepada polis jika tidak mahu dicederakan.

"Pengirim juga menyatakan akan menghubungi mangsa untuk memberitahu apa yang perlu dilakukan pasangan suami isteri itu. Wanita berkenaan yang ketakutan segera menghubungi anak lelakinya untuk memaklumkan perkara terbabit. Mereka kemudiannya membuat laporan polis.

"Mangsa tidak tahu siapa yang menghantar ugutan dan ancaman berkenaan selain mendakwa tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. Mereka juga mendakwa tidak pernah berurusan dengan peminjam wang (ah long).

"Laporan polis dibuat bagi tujuan perlindungan berikutan pasangan itu bimbang dengan keselamatan keluarga mereka," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan wanita berkenaan.

Menurutnya, polis akan menjalankan siasatan lanjut dan akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah mangsa.


0 comments:

share2