Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 11, 2016

VIDEO: AHLI PARLIMEN DAP BERLAGAK, GERTAK POLIS ARIPORT




“KAWASAN ini siapa YB? Siapa YB? Saya YB!”

Video memaparkan Ahli Parlimen Stampin, Sarawak cuba menggunakan kedudukannya untuk memaksa anggota keselamatan membenarkan beliau dan ‘kroni’ memasuki kawasan larangan menjadi viral, baru-baru ini.

Rakaman tiga minit itu memperlihatkan Julian Tan Kok Ping bertekak dengan polis bantuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Julian dipercayai menyalahgunakan kuasanya sebagai ahli parlimen apabila cuba memasuki kawasan larangan yang telah ditetapkan tidak boleh dimasuki sesiapa melainkan individu tertentu sahaja.

Dalam rakaman, Julian berulang kali menyebut beliau merupakan ahli parlimen kawasan tersebut dan berhak untuk memasuki mana-mana kawasan termasuk di lokasi larangan terbabit.





Beliau turut dilihat menunjukkan kad kuasanya sebagai ahli parlimen dengan harapan polis bantuan melepaskannya dan rombongan untuk memasuki kawasan larangan.

Walaupun Julian merupakan ahli parlimen kawasan tersebut, beliau tidak terlepas dari tertakluk kepada sebarang peraturan yang telah ditetapkan dan tidak boleh sewenang-wenangnya berlagak ‘samseng’ dengan tujuan untuk diberikan keistimewaan.

Sumber

0 comments:

share2