Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 11, 2016

STAF RAYANI AIR HALAU WARTAWAN, CEO PEKENA ROTI CANAI KAT BAWAH




Tiba seawal jam 8 pagi di ibu pejabat syarikat penerbangan Rayani Air yang terletak di Syeksyen 15 Shah Alam untuk meninjau keadaan, susulan sebaran mesej menyatakan Rayani Air akan memulangkan wang kepada pelanggan mereka hari ini.


Sekitar jam 8.30 pagi sudah ramai mula berkumpul untuk mendapatkan kembali wang mereka tetapi pintu pejabat hanya dibuka selepas jam 10 pagi.

Seorang pelanggan mendakwa, dia melihat kakitangan Rayani Air enak menjamu selera di kedai mamak berhampiran sebelum itu tanpa memikirkan pelanggan yang sedang menunggu untuk berurusan.

Seperti pelanggan lain yang jenuh menunggu, dia meluahkan rasa geramnya apabila wakil Rayani Air yang tiba membuka pintu pejabat namun menutupnya semula tanpa membenarkan mereka masuk kerana mahu adakan sesi briefing sebelum berhadapan dengan pelanggan.




Antara wakil Rayani Air yang tiba di ibu pejabat mereka sekitar jam 10 pagi tadi untuk bertemu pelanggan yang mahu mendapatkan semula pulangan wang mereka.

Selepas hampir 15 minit barulah pintu pejabat dibuka semula. Sekali lagi pelanggan yang hadir mengeluh kerana rupanya indah khabar dari rupa, janji mahu pulangkan semula wang mereka ditukar kepada pemberian borang untuk diisi.

Apabila Mynewshub memperkenalkan diri sebagai pihak media dan cuba mendapatkan beberapa penjelasan, salah seorang wakil Rayani Air mula meninggikan suara dan dengan kasar menghalau keluar dari premis mereka.

Seorang kakitangan lelaki mengherdik wartawan dengan berkata, “Kami tak jemput media pun, kalau nak jumpa juga kena tunggulah, ini bukan press conference.“

Setelah gagal mendapatkan penjelasan Mynewshub pun beredar namun terserempak pula dengan Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran bersama beberapa individu dipercayai pengurusan tertinggi syarikat sedang menikmati hidangan di sebuah kedai makan.




Apa pun Ravi sudah pun merayu pada juruterbangnya menerusi grup mesej WhatsApp, mengakuinya melalui perkongsian screenshot yang tersebar di Facebook dan menjawab beberapa pertanyaan media menggunakan khidmat pesanan ringkas sebelum ini.. jadi mungkinkah beliau juga sedang menjawab isu berkaitan syarikatnya ketika gambar ini dirakam?


1 comments:

  • Anonymous says:
    April 11, 2016 at 10:41 PM

    Kalau jumpa ular dengan India kita katok yang mana dulu?

share2