Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 7, 2016

POLIS BURU LELAKI TETAK ISTERI SEHINGGA PARAH


pdrm


Kepala Batas - Seorang wanita cedera ditetak suaminya yang dipercayai penagih dadah di rumah mereka di Penaga, di sini.

Wanita berusia 33 tahun yang merupakan penjawat awam itu ditetak ketika hendak ke tempat kerjanya di Sungai Petani, Kedah pada pukul 7.45 pagi Isnin lepas menyebabkan dia cedera parah di bahu kiri dan pergelangan tangan.

Difahamkan berlaku pertengkaran antara wanita itu dan suaminya yang berusia 33 tahun dan tidak bekerja itu, berpunca daripada masalah peribadi mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata berikutan itu polis kini memburu seorang lelaki yang merupakan suami kepada wanita itu bagi membantu siasatan.

"Wanita itu kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dan dilaporkan stabil...kami percaya lelaki itu yang melarikan diri dengan motosikal selepas kejadian, masih berada di sekitar Pulau Pinang," katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


0 comments:

share2