Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 7, 2016

[KUANTAN] MB PAHANG SERTAI 1000 ORANG JEMAAH TUNAI SOLAT HAJAT




Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob malam ini menyertai 1,000 jemaah menunaikan solat sunat istisqa bagi memohon hujan di Masjid Tepian Putra di sini.

Solat sunat dua rakaat itu diadakan ekoran cuaca panas yang melanda negara sejak beberapa bulan lalu, diimamkan oleh Nuri Ali Arbain, bekas peserta program dakwah TV, Imam Muda.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Datuk Fadzilla Salleh.

Turut diadakan selepas solat sunat itu ialah bacaan Yassin dan majlis tahlil untuk anggota keluarga Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 4 Mac lalu.

0 comments:

share2