Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 14, 2016

MB PAHANG SALUR PERUNTUKAN KHAS


Adnan Yaakob


Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob semalam menyalurkan sumbangan RM75,000 kepada lima persatuan di negeri ini dalam usaha memperkasakan lagi kegiatan berpersatuan di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Pahang Datuk Mohd Johari Hussain berkata, sumbangan itu adalah satu daripada tanda sokongan kerajaan bagi membolehkan persatuan bergerak lebih aktif dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancang.

"Kerajaan akan sentiasa memberi sokongan dan membantu melalui peruntukan sedia ada bagi membolehkan badan ini terus kekal dan aktif. Ia secara langsung dapat menggalakkan rakyat di negara ini terutama golongan muda mengamalkan gaya hidup sihat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian peruntukan khas tersebut di Yayasan Pahang di sini semalam.

Lima kelab dan persatuan yang menerima sumbangan itu ialah Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Media Pahang, Persatuan Berbasikal Daerah Jerantut, Persatuan Orang Asli Prihatin Pahang, Kelab Rakan Muda Parlimen Indera Mahkota dan Persatuan Catur Daerah Kuantan.


0 comments:

share2