Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 23, 2016

[LIPIS] MASJID PERLU JANA EKONOMI MENERUSI PERNIAGAAN


Masjid perlu jana ekonomi menerusi perniagaan


Pengurusan masjid perlu menjana ekonomi melalui aktiviti perniagaan sebagai salah satu strategi menarik golongan muda untuk mengimarahkan masjid.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, jawatankuasa masjid boleh membuat pendekatan dengan mengusahakan projek tanaman jangka masa panjang seperti kelapa sawit dan getah.

Titahnya, melalui cara itu pengurusan masjid tidak perlu lagi bergantung kepada sumbangan wang daripada kerajaan negeri dan derma orang ramai.

"Jika kita lihat keadaan masjid dan surau kurang bersih dan cantik kerana jarang diselenggara dengan baik.

"Kita menggalakkan agar jawatankuasa masjid merencana kegiatan ekonomi kepada penduduk tempatan sekaligus membantu mendekatkan golongan muda pada aktiviti masjid," katanya.

Tengku Abdullah bertitah demikian sempena Majlis Perasmian Masjid Ar Rahman, Kampung Gua di sini, semalam.

Baginda bertitah, melalui aktiviti ekonomi yang dijalankan dapat mencerminkan bahawa masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah tetapi juga sebagai institusi menjana pendapatan ahli kariah.

Titahnya lagi, ekoran fenomena El Nino yang mejawatankuasa masjid juga disaran berbincang bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk meletakkan sistem sola di setiap masjid.

"Usaha ini sebagai alternatif bagi mengurangkan kos perbelanjaan bil elektrik yang ditanggung oleh pengurusan masjid"titahnya.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah bertitah, jawatankuasa masjid dan surau perlu mencari jalan terbaik bagi merancang aktiviti menarik untuk mengajak umat Islam terutama golongan belia di kawasan masing-masing bertandang ke rumah Allah tersebut.

Titah baginda, langkah itu mampu meluaskan fungsi dan peranan masjid dan surau sebagai pusat pengembangan ilmu serta budaya Islam.

"Usaha mengimarahkan masjid dan surau perlulah berterusan. Kita berharap lebih ramai golongan muda melihat kepentingan dan keperluan itu kerana mereka merupakan pewaris masa depan yang perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan agama," titahnya.


0 comments:

share2